Kenapa Takaful Sahaja Tak Cukup Tanpa Wasiat & Hibah
"Saya dah ada takaful dan kad perubatan — cukuplah." Ini kesilapan yang biasa. Takaful ialah asas yang penting, tetapi ia hanya sebahagian daripada gambaran sebenar.
Melindungi kesihatan & pendapatan anda dengan takaful adalah langkah yang bijak — itu asasnya. Tetapi ramai tersilap sangka bahawa setelah ada takaful, harta mereka automatik terjamin sampai ke tangan yang betul. Hakikatnya, ada beberapa jurang penting.
4 jurang bila takaful berdiri sendiri
- Manfaat takaful mungkin tak sampai seperti yang anda mahu. Bagi orang Islam, penama biasa hanyalah wasi — wang diagih mengikut faraid, bukan terus menjadi milik orang yang anda niatkan. Penyelesaiannya: Hibah Takaful.
- Aset lain masih tergantung. Rumah, simpanan, KWSP, ASB & perniagaan anda tidak diuruskan oleh takaful — tanpa wasiat, ia berisiko menjadi harta beku.
- Tiada wasi dilantik. Tanpa wasi, pentadbiran pusaka lambat dan membebankan keluarga.
- Hutang masih perlu diselesaikan. Perancangan yang betul memastikan hutang tidak menghakis warisan.
Pelan lengkap: gabungkan semuanya
| Lapisan | Peranan |
|---|---|
| Takaful & kad perubatan | Lindungi kesihatan & pendapatan semasa hidup |
| Hibah Takaful | Pastikan manfaat takaful terus milik penerima pilihan |
| Wasiat | Arahkan pembahagian & lantik wasi |
| Hibah | Pindahkan aset utama semasa hidup, elak harta beku |
Kalau anda belum ada asas takaful atau kad perubatan, mulakan di situ dahulu — anda boleh baca panduan lengkap di laman kadperubatanterbaik.my. Kemudian, lengkapkan dengan wasiat & hibah.
Dah ada takaful? Jom lengkapkan pelan anda
Saya boleh semak perlindungan & penamaan sedia ada anda, kemudian bantu susun wasiat & hibah supaya tiada jurang — dua-dua bidang dalam satu suara pakar.
Borak dengan Nazim di WhatsAppNota: Artikel ini untuk pendidikan umum. Sebagai Islamic Estate Planner (IEP) di bawah As-Salihin Trustee Berhad dan Penasihat Kewangan Islam (IFAR) berlesen BNM, saya boleh bantu anda dalam kedua-dua bidang: perlindungan takaful dan perancangan harta. Untuk pengesahan hukum khusus, rujuk peguam syarie atau Mahkamah Syariah.