☰ Artikel
UtamaArtikel › Takaful & Medical Card
Takaful & Medical Card

Medical Card vs Insurans Hospital: Apa Bezanya?

Istilah yang mengelirukan. Fahami beza pelan kos hospital & hospital income.

Ramai keliru antara medical card dan insurans hospital — kadang istilah digunakan bertukar ganti. Artikel ringkas ini jelaskan perbezaan supaya anda tahu apa yang anda beli.

Medical card = pelan kos hospital

"Medical card" ialah istilah pasaran untuk pelan/rider yang menanggung kos rawatan hospital — wad, pembedahan, ICU, ubat. Ia biasanya berfungsi secara cashless di hospital panel.

"Insurans hospital" — istilah yang lebih luas

Istilah ini kadang merujuk perkara yang sama (pelan kos hospital), tetapi kadang merujuk manfaat hospital income — bayaran tunai harian semasa dimasukkan wad, tanpa mengira bil sebenar. Dua benda berbeza:

Medical card (kos hospital)Hospital income
Bayar apaBil rawatan sebenarTunai harian tetap
Cashless?Ya (panel)Tidak — tuntutan tunai
TujuanLindung kos besarGanti pendapatan hilang / kos sampingan
Nasihat Nazim

Yang paling penting untuk kebanyakan orang ialah medical card (kos hospital) — sebab bil hospital yang boleh mencapai puluhan ribu. Hospital income ialah pelengkap yang berguna, bukan pengganti.

Soalan Lazim (FAQ)

Medical card dan insurans hospital sama ke?
Kadang ya, kadang tidak. 'Medical card' menanggung bil rawatan; 'hospital income' beri tunai harian. Semak jenis manfaat sebelum membeli.
Mana lebih penting?
Untuk kebanyakan orang, pelan kos hospital (medical card) lebih penting kerana ia melindungi kos besar. Hospital income ialah pelengkap.

Nak semakan perlindungan percuma?

WhatsApp saya — kita semak medical card & takaful anda tanpa hard selling.

💬