Mentorship Certified Trainer
Belajar terus daripada Nazim Nawi — Certified Trainer dengan 15+ tahun pengalaman dan 790 klien sebenar. Bukan skrip jualan; kaedah "Educate. Lindung. Cara Kita." yang terbukti.
"Omera" dari kata Umara — para pemimpin. Itulah standard yang kami pegang.
Sertai Omera Advisory dan bina kerjaya sebagai Financial Adviser Representative (FAR) — laluan profesional berlesen di bawah Capspring Temasik Financial Group, dengan mentorship sebenar daripada Nazim Nawi.
Di Malaysia, terdapat lebih 124,000 ejen insurans. Tetapi individu yang diluluskan sebagai Financial Adviser Representative (FAR/IFAR) — melalui tapisan ketat Bank Negara Malaysia — hanya sekitar 1,000 orang.
Itulah laluan yang kami bawa anda masuki. Bukan sekadar menjual polisi — tetapi menjadi penasihat kewangan profesional yang boleh mewakili pelbagai syarikat takaful, dengan kredibiliti yang diiktiraf industri dan dipercayai klien.
Perbezaannya bukan sekadar gelaran. Ia menentukan bagaimana klien melihat anda, produk apa yang boleh anda tawarkan, dan sejauh mana kerjaya anda boleh pergi.
Diluluskan Bank Negara Malaysia selepas tapisan ketat kelayakan, rekod dan integriti — antara pencapaian tertinggi dalam industri kewangan. Mentor anda, Nazim Nawi, adalah salah seorang daripadanya.
Logo Omera terbentuk daripada 5 bahagian — setiap satunya nilai yang kami pegang, diilhamkan daripada 5 Rukun Islam. Inilah asas setiap Omerian.
Perancangan pelaburan, persaraan, harta & risiko — kami kuasai ilmunya dulu.
Kerjaya yang tumbuh mengikut anda — sepenuh masa atau bermula secara sambilan.
Asas kukuh untuk kesejahteraan kewangan klien — dan kerjaya anda.
Pelbagai klien, pelbagai penyelesaian — dari graduan muda hingga usahawan.
Dunia dan akhirat. Kerjaya dan keluarga. Untung dan amanah.
"Sebagai Omerian, kami percaya destinasi akhir setiap Muslim ialah akhirat — dan kerjaya ini ialah jambatan amal kami."
Sebagai FAR di bawah Capspring Temasik, anda dapat akses kepada 9 syarikat takaful — jadi anda cadangkan yang betul-betul sesuai untuk klien, bukan yang komisen tinggi. Klien pilih, anda terangkan.









Belajar terus daripada Nazim Nawi — Certified Trainer dengan 15+ tahun pengalaman dan 790 klien sebenar. Bukan skrip jualan; kaedah "Educate. Lindung. Cara Kita." yang terbukti.
Dibimbing langkah demi langkah untuk kelayakan FAR — peperiksaan, pendaftaran, dan kelulusan di bawah platform Capspring Temasik Financial Group.
Komisen, bonus prestasi dan pendapatan berulang (renewal). Pendapatan anda ditentukan usaha anda — bukan tangga gaji orang lain.
Kalkulator sebut harga, payment gateway, sistem follow-up dan bahan pemasaran digital — anda fokus pada manusia, sistem uruskan yang lain.
Produk takaful dan penyelesaian patuh Shariah — pendapatan yang anda yakini halalnya, membantu keluarga Malaysia terlindung.
Team yang berlari bersama — perkongsian kes, latihan mingguan, dan budaya angkat-menangkat. Satu standard, satu keluarga.

Nazim Nawi ialah perancang kewangan berlesen di bawah Capspring Temasik Financial Group — firma penasihat kewangan berlesen yang dipantau Bank Negara Malaysia. Beliau antara kelompok kecil yang diluluskan sebagai IFAR (Islamic Financial Adviser Representative), dengan kelayakan ShRFP dan FPR (Suruhanjaya Sekuriti).
Sepanjang 15+ tahun dalam industri, beliau telah membantu 790 klien dan menguruskan 4,622 sijil takaful — daripada graduan muda hingga usahawan dan keluarga mapan. Sebagai Certified Trainer, beliau juga melatih penasihat dan menyampaikan latihan kewangan korporat.
Di dalam Capspring Temasik, Nazim kini memegang amanah sebagai Head of Recruitment, dan telah berada di rank Senior Premier Leader selama 5 tahun. Beliau pernah menerima pengiktirafan Top Leader Group (Million Group Production) — dan yang paling beliau banggakan: 6 orang leader telah dilahirkan dari dalam team Omera Advisory sendiri.
Omera dibentuk atas satu prinsip: setiap Omerian mesti dididik menjadi pemimpin kewangan yang beramanah, bukan sekadar penjual polisi. Rekod 6 leader itu buktinya.
Latihan, coaching, aktiviti komuniti — inilah suasana sebenar bersama Omerians dan keluarga besar Capspring Temasik.






Setiap bulan, kami adakan sesi pembentangan peluang bisnes — anda lihat sendiri laluan lesen, struktur pendapatan dan sistem sokongan, secara telus. Datang dengar dulu, keputusan kemudian.
Main speaker: Nazim Nawi (Senior Premier Leader) · Bersama En Terry Yee, Ketua Pegawai Eksekutif CTFG & En Amin Maktar, Direktor
Dikemaskini: 18 Julai 2026 · Jadual BOP baharu dipaparkan di sini setiap bulan.
WhatsApp saya. Kita borak 15-20 minit tentang latar belakang, matlamat dan kesesuaian anda. Tiada paksaan, tiada komitmen.
Anda akan lihat gambaran penuh: laluan lesen, struktur pendapatan, sistem sokongan, dan jangkaan sebenar (bukan janji kosong).
Daftar, lalui latihan asas dan peperiksaan, dan mula dibimbing kes pertama anda bersama mentor. Selamat datang, Omerian.
Tak perlu bersedia 100%. Tak perlu tahu semuanya. Cukup sekadar berminat dan jujur tentang matlamat anda — selebihnya, kita bincang.
💬 WhatsApp Nazim — Saya Berminat Sesi penerangan percuma · Tiada komitmen · Saya balas sendiri, biasanya dalam beberapa jam