Hibah Takaful

Takaful dan Insurans
Apa itu hibah takaful? Hibah bemaksud hadiah, manakala hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang disayangi (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia. Hibah takaful termasuk di dalam Hibah Bersyarat. Dalam pemberian pampasan kematian, hibah takaful dihadiahkan kepada penerima(penama hibah) selepas meninggal dunia. Konsep hibah takaful telah termaktub di dalam IFSA 2013 (Islamic Financial Services Act) yang diuruskan oleh Mahkamah Tinggi Sivil.   Apakah kelebihan hibah takaful? Penama adalah penerima mutlak.Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan, kerana hibah tidak boleh dipertikai dan penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu…
Read More