Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya Nazim Nawi, salah seorang Penasihat Kewangan Islam (Islamic Financial Adviser Representative -IFAR) yang berdaftar dan ditauliahkan daripada Bank Negara Malaysia(BNM).

InshaAllah laman web ini akan dijadikan platform utama untuk saya menyampaikan ilmu tentang perancangan kewangan yang menyeluruh meliputi bidang takaful keluarga, takaful korporat, general takaful, takaful berkelompok, pelaburan patuh syariah, pelaburan saham, wasiat dan pewarisan harta, perancangan persaraan, perancangan pendidikan anak-anak, percukaian dan banyak lagi.

Dan saya juga merancang untuk berkongsi tentang pengalaman dalam kehidupan, pengalaman membina kerjaya sebagai penasihat kewangan Islam dan lain-lain lagi.

Doakan saya mampu istiqamah untuk sentiasa menulis dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Nazim Nawi,

4.03am, 10 April 2018.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *