Takaful Keluarga & Nyawa
Perlindungan nyawa yang menjaga keluarga anda — dikira ikut keperluan sebenar, bukan angka rambang.
"Educate. Lindung. Cara Kita."
Takaful, unit trust, dan pengurusan hutang — dirancang ikut situasi sebenar anda. Tiada jargon rumit, tiada hard selling.
Pilih apa yang paling merisaukan anda sekarang. Kita mula dari situ.
Perlindungan nyawa yang menjaga keluarga anda — dikira ikut keperluan sebenar, bukan angka rambang.
Bil hospital makin naik setiap tahun. Medical card memastikan simpanan anda kekal utuh.
Bayaran sekaligus semasa diagnosis — supaya anda fokus pulih, bukan risau pendapatan hilang.
Bina dana universiti anak sambil melindungi mereka jika apa-apa berlaku pada anda.
Dah ada polisi? Saya semak: ada gap, bertindih, atau terlebih bayar?
PercumaPastikan manfaat sampai kepada orang yang betul — mengikut faraid dan hasrat anda, tanpa pertikaian.
Mula kecil dan konsisten, ke arah matlamat sebenar anda.
Serendah RM100 sebulan, dalam dana yang sepadan dengan risiko dan matlamat anda.
Kira berapa anda perlukan untuk bersara selesa — dan strategi mencapainya bermula hari ini.
Strategi selesaikan hutang lebih cepat, susun semula komitmen, dan bina tabiat simpanan yang kekal.
Pelaburan ada risiko; harga unit boleh naik dan turun. Saya terangkan setiap risiko sebelum anda mula.
Belajar sendiri melalui ebook, atau duduk sembang one-to-one dengan saya.
Panduan praktikal bina kekayaan bermula dari gaji bulanan — tanpa janji kaya cepat. Untuk yang bekerja 25–40 tahun. Bundle dengan tools percuma juga tersedia.
🔒 Bayaran selamat · Akses dihantar automatik ke email
Sesi peribadi 60 minit. Analisis kewangan anda dan pelan tindakan yang jelas — online atau bersemuka.
🔒 Bayaran selamat melalui FPX / Online Banking (ToyyibPay)
Sebagai Certified Trainer, saya kendalikan latihan dan bengkel kewangan untuk syarikat, agensi kerajaan, universiti dan komuniti — praktikal, interaktif dan mudah diamalkan.
Program financial wellness untuk staf — urus gaji, hutang dan simpanan. Staf yang tenang kewangannya lebih produktif.
Slot ceramah kewangan untuk seminar, townhall, program HR atau majlis komuniti — santai tapi padat dengan isi.
Modul latihan berstruktur untuk universiti, sekolah dan NGO — dari bajet asas hingga takaful dan pelaburan.
Saya mula kerana satu kebenaran yang mengecewakan: nasihat kewangan di Malaysia selalunya terlalu umum, atau terlalu mahal untuk dicapai. Ramai antara kita rasa sesat bila bercakap tentang duit.
Jadi saya bekerja dengan cara berbeza: Educate. Lindung. Cara Kita. Saya didik dulu sampai anda faham, barulah kita bina perlindungan — setiap keputusan diterangkan sebelum anda tandatangan, tiada hard selling, tiada jargon.
Lebih 15 tahun dalam industri ini, saya telah membantu 790 klien dengan 4,622 sijil takaful diuruskan. Sebagai Certified Trainer, saya juga berkongsi ilmu kewangan melalui bengkel dan latihan untuk organisasi di seluruh Malaysia. Setiap klien adalah amanah, bukan sasaran jualan.
— Nazim Nawi, ShRFP · IFAR · FPR
Jom berkenalan →"Selepas 3 bulan ikut pelan Encik Nazim, hutang kad kredit saya berjaya dikurangkan 40%. Penerangan sangat jelas dan tak pernah paksa beli apa-apa."
"Ebook beliau sangat mudah faham. Saya yang buta kewangan pun boleh mula buat bajet dan simpanan dengan konsisten. Berbaloi sangat!"
"Sesi konsultasi paling berbaloi pernah saya bayar. Sekarang saya ada pelan takaful yang betul dan portfolio pelaburan untuk persaraan."
Baru nak mula, atau nak second opinion untuk polisi sedia ada? Tiada hard selling. Saya dengar dulu, baru cadang.
💬 Sembang Dengan Nazim di WhatsApp Saya biasanya balas dalam beberapa jam.